As-salamu`alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, alhamdullilah kita bersyukur diatas nikmat yang begitu banyak tidak dapat kita hitung. Semoga kita sentiasa berada dibawah Naungan Taufiq dan HidayahNya jua.
dengan keizinanNya ani tah kali mulanya abis udah
dengan keizinanNya ani tah kali mulanya abis udah
Ani kan bagitau tah ku ni, bulan Oktober baru ani kami baru membuka kedai jual nasi katok. Nyangku ani inda jua seberapa tapi baik jua kan belajar berniaga macamana payah nya kan cari usin ani. payah banar jua inda ku tau apa kan dibuat mulanya, usin pun inda jua banyak tapi alhamdulilah berkat sabar dapat jua ku membuka. Ni alamatnya di Jalan batu bersurat mulanya payah jua mencari tampat yang strategik kan menyewa kadai pun mahal sangat. Ani tah yang mampu dan terdaya membuat nya, nyah orang tua tua kitani biar sedikit lama lama jadi bukit mudah mudahan jua berhasil. Susah banar kan mencari rezeki halal baik jua susah dulu dapat ku jua mencuba sambil belajar dari kesusahan ani. Mulanya mencari nama yang sesuai pun sakit kepala memikirkan apa baik nama nya ah, ujungnya ada tah ilham atu keluar tangah ku termanung gaya nya ani tah yang baik kali NASI KATOK BABA.
Yang penting bagi ku asal kitani rajin berusaha dan belajar dari kesilapan atu yang ku rasa yang paling penting. Mulanya payang banar macam macam kan disediakan bali itu dan ini. Alhamdulilah sudah masuk tiga bulan ni ada jua sembutan malumlah baru kan mulai.
Bah adang tah kali ku berkurapak nanti tah lagi ku sambung, ani ada ku kongsi kan salawat Munjiyyah baik untuk di baca dan diamalkan.
Bah adang tah kali ku berkurapak nanti tah lagi ku sambung, ani ada ku kongsi kan salawat Munjiyyah baik untuk di baca dan diamalkan.
Segala Pujian bagi ALLAH, Tuhan yang Mentadbir seluruh alam
iaitu Puji-pujian yang menyamai segala NikmatNYA
dan sebanding dengan segala tambahanNYA.
Wahai Tuhan kami, bagiMU segala Kepujian
sebagaimana yang selayak nya dengan kebesaran DzatMU
dan dengan kebesaran KekuasaanMU.
Maha Suci Engkau kami tidak mampu menghitung Puji-pujian atasMU,
Engkau adalah sebagaimana Engkau telah Memuji-muji akan DzatMU.
Ya ALLAH, limpahkanlah Selawat keatas Junjungan kami
Nabi Muhammad (Shalallahu`alaihiwasalam);
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau lepaskan kami dari segala huru-hara dan bala bencana;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau tunaikan bagi kami segala hajat;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau sucikan kami dari segala kesalahan;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau tinggikan kedudukan kami di sisiMU;
Selawat yang dengan keberkahan nya
Engkau sampaikan segala matlamat kami
dari sekalian kebajikan dalam hidup ini dan selepas kematian;
Limpahkanlah juga Selawat ke atas ahli Keluarga
dan para Sahabat Baginda (Shalallahu`alaihiwasalam)
dengan disertai Salam Sejahtera.