Khamis, Disember 25, 2008

Arsenal masih ada peluang

Pembantu jurulatih Liverpool, Sammy Lee yang membimbing pasukan Reds pada perlawanan menentang The Gunners untuk menggantikan Rafael Benitez belum pulih daripada pembedahan memindahkan buah pinggang mengakui, semangat juang tinggi yang dipamerkan Arsenal menunjukkan mereka masih pencabar utama liga.

"Saya begitu menghormati Arsenal. Saya tidak tengok bagaimana mereka kalah atau menang sepanjang bulan ini tetapi melihat perlawanan malam ini, pada saya mereka adalah pasukan yang hebat.

"Mereka mempunyai kualiti dan tiada siapa yang boleh mengatakan mereka sudah terkeluar daripada persaingan,'' kata Lee.

Liverpool yang memburu kejuaraan liga pertama dalam tempoh 18 tahun, memerlukan rembatan kencang Robbie Keanne pada hujung babak pertama untuk menyamakan kedudukan selepas Robin van Persie terlebih dulu membuka jaringan buat Arsenal.

Keane nyata seorang pemain yang tidak pernah berputus asa biarpun hanya menjaringkan dua gol dalam saingan liga musim ini sejak berpindah dari Tottenham dengan bayaran 20 juta pound.

Barangkali, penyerang Ireland itu tambah bersemangat kerana diejek oleh penyokong Arsenal sepanjang perlawanan, ejekan yang tidak menganggu permainannya, sebaliknya menjadikan dia lebih berbahaya.

Menurut Lee, Keane tidak pernah hilang keyakinan, malah menegaskan, tindakan Benitez merehatkan pemain itu di bangku simpanan pada beberapa perlawanan terakhir liga adalah usaha untuk menyelamatkannya.

"Kalau anda tanya sesiapa pun, gol selalu memberikan keyakinan kepada mereka tetapi secara jujur, Robbie tidak pernah hilang keyakinan sekalipun tidak menjaringkan gol.

"Kita memerlukan khidmat ramai pemain untuk melengkapkan musim ini, jadi ada yang perlu bergilir,'' ujar Lee.



Lee: Liverpool expect to be at the top of the table

Liverpool legend Sammy Lee maintains that the club are not surprised to be top of the Premier League going into the Christmas period.But the club's assistant boss - still standing in for Rafael Benitez as the manager recovers from a kidney operation - insists that he is not trying to sound conceited by such a claim.

Lee, brought up in the club's golden era of title wins with four winners' medals of his own, said: "Success never takes Liverpool by surprise. We plan for success, it is not conceited, but we do not start the campaign thinking of being fifth.

"We prepare to be the best and to win every game. This is no surprise to us, but this is a massive club and that is how we prepare for things.

"We have worked for this but we are not getting carried away now we are top. There's a lot of points still to accumulate."