Rabu, Disember 24, 2008

OPENING SOON...


Satu lagi cawangan Restoran Liyana akan mula beroperasi pada penghujung bulan December ini yang terletak di Giant Hypermart, Rimba. Lokasi restoran baru ini terletak berhadapan pintu masuk pasaraya dan sebelum ini tempat ini juga bekas restoran yang telah menutup operasinya.
Pengurus Pemasaran Restoran Liyana, Mamai berkata walaupun restoran ini bercirikan "ala kafe" akan tetapi ianya akan menyediakan makanan untuk selera semua golongan sesuai dengan konsep restoran ini yang bertemakan "kontemporari".

Sementara itu sebuah lagi Restoran Liyana telah beroperasi sejak pertengahan tahun ini dengan menyediakan makan ala Thai di Food Court, Giant Hypermart.