Memaparkan catatan dengan label bolasepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bolasepak. Papar semua catatan

Khamis, Disember 25, 2008

Vietnam 2-1 Thailand

Hajat Thailand untuk mencari bekalan selesa pada aksi kedua final Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Ahad ini tidak tercapai selepas dikejutkan Vietnam 1-2 pada aksi pertama di Stadium Rajamangala, Bangkok semalam.

Thailand yang memburu kejuaraan keempat kempen ini merupakan pilihan untuk munjulang gelaran kejohanan yang dulunya dikenali sebagai Piala Tiger ini selepas ketiadaan juara bertahan, Singapura.

Namun, hajat mereka untuk mencari bekalan selesa sebelum aksi penentuan di Stadium Kebangsaan My Dinh, Hanoi Ahad ini musnah selepas tumpas menerusi jaringan Nguyen Vu Phong pada minit ke-39 dan Le Cong Vinh pada minit ke-42.

Vietnam yang tewas kepada Thailand 0-2 di peringkat Kumpulan B di Phuket awal bulan ini, jelas tidak gentar dengan sorakan lebih 50,000 peminat tuan rumah apabila mempamerkan aksi berbeza semalam.

Thailand yang ketinggalan dua gol pada babak pertama bagaimanapun berjaya merapatkan jurang menerusi Ronnachai Rangsiyo pada minit ke-75.

Biarpun melakukan asakan untuk mencari gol penyamaan, namun usaha mereka tidak membuahkan hasil kerana kekebalan pertahanan pasukan Vietnam sehingga wisel penamat ditiupkan.

Keputusan ini menyaksikan Vietnam yang mengalahkan Singapura 0-1 di peringkat separuh akhir, berpeluang merangkul gelaran itu buat kali pertama dalam sejarah mereka.

Manakala Thailand pula yang menang agregat 3-1 ke atas Indonesia pada aksi separuh akhir minggu lalu berdepan tugas sukar untuk mencipta kemenangan pada aksi final di Hanoi Ahad ini.

Rabu, Disember 24, 2008

Arsenal belum menyerah kalah

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger sedar gelaran pendahulu Liga Perdana England menjelang cuti perayaan Krismas tidak membawa sebarang makna kepada mana-mana pasukan.

Malah dia tetap yakin bahawa pasukan yang berada di atas Arsenal akan jatuh semula apabila anak buahnya bangkit memberi cabaran baru tahun depan.

Ketika ini, Arsenal ketinggalan lapan mata kepada pendahulu, Liverpool selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 di Stadium Emirates Ahad lalu.

Begitupun, Arsenal terkeluar daripada kedudukan empat pasukan teratas Liga Perdana England dan kini berada di belakang Aston Villa yang akan dihadapi mereka minggu ini.

"Gelaran ini akan ditentukan pada bulan Mei dan kita baru berada dalam bulan Disember. Jadi menurut perkiraan saya, kami akan berjuang sehingga tamat musim ini.

"Saya percaya Liverpool akan tercicir banyak lagi mata.

"Mereka telah seri empat kali di tempat sendiri. Ini bermakna mereka kehilangan lapan mata.

"Jadi mengapa tidak mereka akan kehilangan lapan mata lagi pada separuh lagi musim ini?" kata Wenger.

Pada aksi di Stadium Emirates Ahad lalu, jaringan penyerang Arsenal, Robin van Persie pada minit ke-24 berjaya disamakan penyerang Liverpool, Robbie Keane pada minit-minit terakhir babak pertama.

Mengenai Emmanuel Adebayor yang dilayangkan kad merah kerana didakwa mengasari Alvaro Arbeloa, Wenger berkata, ia adalah satu lakonan pemain pertahanan Liverpool itu.

"Saya tidak katakan dia (Arbeloa) menipu, tetapi apa yang dia lakukan adalah sangat tidak adil.

"Pemain itu menjatuhkan dirinya sendiri di atas padang. Sudah tentu ia satu tamparan hebat bagi kami.

"Kami tidak mahu kehilangan pemain seperti Adebayor dengan cara begitu, tetapi kami perlu juga menghadapinya," tegas Wenger.

Sementara itu, kapten Arsenal, Cesc Fabregas bakal diketepikan untuk sekurang-kurangnya tiga bulan selepas mengalami kecederaan serius apabila diterjah pemain tengah Liverpool, Xabi Alonso.

Scolari kunci mulut

Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari enggan mengulas mengenai aksi anak buahnya selepas mereka hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Everton pada aksi Liga Perdana England di Goodison Park kelmarin.

Scolari turut berdiam diri selepas menyaksikan kaptennya, John Terry dibuang padang akibat melakukan kekasaran ke atas pertahanan Everton, Leon Osman.

Seluruh barisan The Blues juga enggan memberi sebarang kenyataan mengenai kontroversi itu sehingga menyebabkan mereka sekadar mencatat keputusan seri, sekali gus gagal memintas pendahulu, Liverpool di persada liga.

Scolari jelas sekali berang dengan pengadil Phil Dowd selepas Terry dilayangkan kad merah kerana mengasari Osman pada babak pertama.

Pengurus Everton, David Moyes pula menganggap terjahan yang dilakukan Terry amat kasar dan dia tidak terkejut melihat kapten Chelsea itu diarahkan keluar padang.

Ekoran itu, skuad The Blues mungkin akan kehilangan khidmat Terry dalam tiga perlawanan selepas ini.

"Tiada seorangpun dalam pasukan ini mahu bercakap pada sidang media.

"Mereka tidak puas hati mengenai beberapa keputusan pengadil dan mereka berasa bakal berdepan masalah jika bercakap mengenainya," kata seorang jurucakap Chelsea sejurus selepas tamat perlawanan.

Moyes mendedahkan Osman mengalami kecederaan buku lali disebabkan terjahan keras Terry itu.

"Saya rasa pengadil dan penjaga garisan membuat keputusan yang betul (membatalkan jaringan Steven Pienar). Mungkin ramai pengurus lain tidak akan berkata sebegini.

"Tetapi saya rasa gol itu ofsaid, jadi saya rasa pegawai perlawanan membuat keputusan betul.

"Reaksi pertama saya ialah terjahan yang dilakukan Terry itu amat keras," jelas Moyes. - Agensi

Alonso sedih nasib Fabregas

Perancang Liverpool, Xabi Alonso berasa sedih kerana menghancurkan kegembiraan rakan senegaranya, Cesc Fabregas pada cuti perayaan Krismas.

Ini kerana terjahan keras yang dilakukan ke atas Fabregas menyebabkan kapten Arsenal itu mengalami kecederaan serius.

Fabregas mungkin terpaksa berehat selama tiga bulan, namun Alonso berharap rakan senegaranya itu akan pulih segera.

"Saya harap proses pemulihan Cesc berjalan lebih cepat," kata bintang Liverpool itu.

"Kini dia terpaksa berdepan rawatan yang menyakitkan, tetapi saya akan cuba memberi dorongan dan semangat kepadanya.

sumber: Agensi

"Jika sesuatu terjadi, saya akan lebih kecewa daripada Fabregas sendiri.

"Ia memberi kesan kepada saya untuk melihat rakan sendiri cedera, terutamanya rakan baik dalam pasukan kebangsaan (Sepanyol) seperti Cesc.

"Daripada apa yang dia beritahu saya, tiada sebarang kecederaan serius," kata Alonso.

Selasa, Disember 23, 2008

Liverpool akan bermain di Malaysia 2009

Kelibat pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool mungkin dapat disaksikan buat pertama kali di Malaysia oleh peminat tempatan tahun depan, apabila skuad tersebut bertandang ke Stadium Shah Alam bertemu skuad Selangor bagi sesi pemanas badan kempen 2009/2010 mereka.

Pengurus pasukan bola sepak Selangor, Zakaria Ab Rahim berkata, hasil perbincangan dengan pihak syarikat promosi kejohanan, Football Focus Group Ltd yang berpengkalan di Hong Kong, mereka berminat untuk membawa pasukan dari utara England itu ke Selangor.

"Cuma masalahnya, kalau ikut peraturan tempatan mereka tidak boleh menggunakan lambang penaja (sebuah syarikat arak) pada jersi mereka sekiranya bermain di Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Syarikat promosi itu dipercayai sedang berbincang dengan pengurusan kelab Liverpool berkaitan perkara itu untuk menyelesaikan masalah itu, katanya.

"Saya difahamkan mereka boleh mengambil beberapa opsyen yang tidak menyalahi peraturan di Malaysia," katanya.

Zakaria berkata, sekiranya semua masalah berkenaan dapat diselesaikan, Liverpool dijangka bertandang ke Malaysia pada penghujung Julai atau awal Ogos tahun depan.

Liverpool in Action Photos - December

Chelsea gagal di posisi teratas EPL













Kegagalan Chelsea memperolehi tiga mata penuh ini menyamai perolehan tiga raksasa Liga Primer Inggris lainnya. Seperti diketahui, Liverpool, Manchester United dan Arsenal juga hanya mampu seri. Liverpool dan Arsenal berkesudahan seri 1-1. Chelsea yang bermain dengan sepuluh orang hanya mampu seri dengan Everton selepas skipper John Terry di layangkan kad merah kerana mengkasari Leon Osman.


Isnin, Disember 22, 2008

Arsenal 1-1 Liverpool

Emmanuel Adebayor dilayangkan kad merah pada minit 62.

Liverpool cuma mampu seri dengan Arsenal walaupun pada separuh masa kedua The Reds kelihatan bermain dengan lebih baik akan tetapi Arsenal yang bermain dengan hanya sepuluh orang mampu bertahan selepas Emmanuel Adebayor di buang padang kerana menerima kad merah. Jaringan yang cantik dari kedua pemain Robin Van Persie dan Robbie Keane memberi satu mata kepada pasukan masing masing. Apa pun tahniah kepada kedua pasukan The Reds dan The Gunners.





Sabtu, Disember 20, 2008

Pertemuan yang menarik



UEFA Champions League

Pertemuan kelab kelab gergasi dunia bolasepak telah pun ditentukan melalui undian yang berlangsung di nyon, Switzerland dimana juara kumpulan bersama kumpulan ditempat kedua akan mengadakan perlawanan pertama pada 24/25 Februari dan 10/11 March. Undian bagi perlawanan seterusnya akan diadakan pada 20 March, seterusnya perlawanan akhir Piala Juara Juara UEFA akan berlangsung di Rome pada 27 Mai.